Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Tuesday, March 1, 2011

SABAR ITU ADA NIKMATNYA..

SABAR MERUPAKAN SATU SIFAT YANG MULIA DAN DISUKAI ALLAH. ALLAH SENTIASA BERSAMA-SAMA ORANG YANG SABAR DAN ORANG YANG SABAR ITU AKAN DIBERIKAN GANJARAN PAHALA  DISERTAI PULA DENGAN RAHMAT SERTA PETUNJUK DARINYA..MUDAH-MUDAHAN KITA AKAN TERGOLONG DIDALAM GOLONGAN ORANG-ORANG YANG SABAR..

Melalui pembacaan yang ariana buat..SABAR dari sudut bahasa membawa makna " menahan " dari sudut istilah ialah kekuatan jiwa untuk menahan dari berakhlak buruk atau tidak dapat mengawal diri apabila berlaku sesuatu yang mencabar diri kita..
Sabar terbahagi kepada beberapa jenis, diantara yang paling utama ialah dari sudut perintah dan larangan agama, seperti menuntut ilmu, berbuat baik kepada ibubapa, mendirikan solat, mengerjakan ibadah puasa dan banyak lagi. Bagi orang yang sabar, tidak akan mengeluh apabila dituntut melaksanakan perintah agama ,sabar juga dituntut agar kita tidak akan mendekati larangan agama seperti mengharapkan pertolongan dari tangkal, azimat, mendekati ilmu sihir, mengambil harta yang bukan hak kita, menjauhi diri dari berzina, mencuri, berdusta, dan sebagainya.Seorang penyabar pasti akan berusaha dan akan dapat menjauhi semua larangan-larangan Allah ini.

Jenis yang kedua dalam konteks sabar ialah sabar dari sudut suka dan duka. Kita hendaklah sabar dalam menerima sesuatu yang disukai contohnya kecemerlangan dalam pelajaran, kelebihan rezeki, kejayaan dalam kerjaya atau kebahagaiaan hidup, kerana dengan adanya kesabaran akan mengarah kita kepada rasa kesyukuran dan dengan itu kita dapat berkongsi pula kebahagiaan kita itu dengan orang lain dengan bersedekah dan sebagainya. Sebagaimana firman allah S.W.T yang bermaksud '" Dan berbuat baik baiklah kepada hamba-hamba Allah sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu" ( Al Qasas-77)
.
Sabar yang paling sukar pula adalah dalam menerima sesuatu yang mendukacitakan baik ianya merupakan kematian insan yang kita sayang, penyakit, kehilangan harta benda, atau kesukaran dalam hidup. Disinilah kesabaran amat penting  agar sifat tabah, berusaha mencari penyelesaian, dan ketenangan hati dapat dicari dengan mengingati Allah serta bersabar, tanpa keluhan, rungutan, teriakan dan tindakan-tindakan lain yang lebih buruk seperti membunuh diri, putus asa dan sebagainya.
MERAIH SIFAT SABAR.
Untuk meraih sifat sabar seseorang itu hendaklah sentiasa prihtin akan keadaan dirinya dan sering menasihati diri untuk bersabar, saling menasihati sesama rakan dan keluarga, kembali kepada ajaran islam seperti mendirkan solat, membaca Al quran dan akhir sekali memohon atau berdoa kepada Allah agar diberi sifat sabar sepertimana firman allah " dan bersabarlah dan tiadalah kamu dapat bersabar melainkan dengan pertolongan Allah " (An nahl- 127)
Lagi firman allah berkaitan sifat sabar;
" Allah sentiasa mencintai orang-orang yang sabar" (Ali Imran-146)
"Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar"   ( Al Baqarah-153)
" Sesungguhnya orang yang bersabar lah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira" ( Az Zumar-10)
Firman Allah lagi dalam surah Albaqarah ayat 155-157 : Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa suatu kesusahan mereka berkata," sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali" mereka itu adalah orang-orang yang menerima selawat,dari tuhan mereka serta rahmatnya dan mereka itu lah orang-orang yang mendapat petunjuknya.
Demikianlah serba sedikit berkaitan Sabar dan kepentingannya yang Ariana ingin kongsikan dan sebenarnya lebih kepada pesanan untuk diri Ariana sendiri disaat diri dilanda dugaan samada dugaan kesenangan maupun kesusahan.
cuma satu perkara lagi yang penting untuk ingatan kita...
Tidak termasuk dalam jenis sabar ialah orang yang mendiamkan diri apabila ia melihat agama, manusia, dan dirinya dizalimi,  hal- hal lain yang melibatkan agama.Sifat diam seperti ini lebih tepat disebut sebagai dayus dan bukannya kesabaran. Kesabaran adalah tetap bertindak menentang  kezaliman, hanya tindakan itu dilakukan dengan cara yang betul dan dengan akhlak yang mulia. 
 
Sekian dulu, Wassalam dan Wallahu a'lam.


2 comments:

Unknown said...

Tapikan .. lagi kita kuatkan sabar tu.. lagi kuat dugaan di beri... perasan tak? time tu baru la kita tau tahap sabar kita kat mana..

ariana said...

Adik Atiqah: memang betul, tapi cuba kalau kita x sabar..entah apa yang akan terjadi pada diri kita..mungkin lebih teruk lagi.., anggaplah Allah duga kita lebih sbb dia kasihkan kita lebih..:)salam kenal..

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink