Semalam, ramai ibubapa yang berbunga hatinya..bangga dengan kejayaan anak-anaknya dalam peperiksaan SPM. Apa yang mereka harap dan doakan selama ini menjadi kenyataan..Ariana mengambil kesempatan mengucapkan Tahniah kepada mak-mak yang anaknya berjaya mencapai keputusan yang baik dalam SPM 2010 ni..termasuk kepada biras Ariana , Yati..yang mana anaknya Daim telah mendapat keputusan yang membanggakan juga (6A).
Bagi yang keputusannya kurang memuaskan, Ariana harap tidak berputus asa, sebab sekarang banyak kolej-kolej swasta yang menawarkan berbagai jenis kursus , malah kalau mereka lemah dari segi akademik, boleh memilih bidang-bidang yang lain seperti perhotelan, bidang kecantikan, pereka fesyen, kejuruteraan elektrik..dan banyak lagi..asalkan mahu..dan tugas ibu, berilah galakan yang sewajarnya pada anak-anak ini, jangan tambahkan lagi kekecewaan mereka..siapa yang tak mau keputusan yang baik..mungkin nasib tidak menyebelahi mereka.
Sebenarnya, pada tahun ini, (2011), anak Ariana yang kedua, Tiha akan menduduki peperiksaan SPM..tu yang masa agak penuh, nak bercuti jauh-jauh pun, rasa tak sesuai.. tiap malam Isnin hingga Khamis tugas ariana menghantar mengambil Tiha dari pusat tution. Hubby selalu balik lewat, jadi Ariana memang dengan rela hati menggalas tugas ni..Lagipun apa sangatlah lagi yang dapat Ariana berikan..sebagai seorang ibu, selain nasihat dan "bebelan". Tapi, kadang-kadang anak-anak ni kalau di bebel, di leteri selalu sangat pun tak boleh juga..macam Tiha ni, dia kalau membaca buku, tv pasang, radio pun pasang..macamana Ariana tak bising..Sampailah hubby kata,,biarlah dia..itu dah cara dia..lain anak lain caranya..lagipun waktu dia ambik PMR dulu pun , macam ni..hari-hari kena leter ngan Ariana..dia tetap macam tu juga..tapi Alhamdulilah berjaya juga mendapat 8A. So, tahun ni, Ariana cuba lah untuk tidak jadi seorang ibu yang kuat berleter..dengan harapan dan doa saja lah yang mengiringi..sesekali kita bagi nasihat tu tak mengapalah..memanglah mereka perlu juga nasihat.
Bukanlah Ariana nak membebel kat sini pulak..sekadar berkongsi rasa, tahun depan pada masa yang sama ni..giliran Ariana lah pulak yang dup dap menanti keputusan periksa nampaknya...
Walaubagaimana pun Ariana perhatikan ramai dikalangan rakan blogger Ariana yang anak-anak mereka masih kecil lagi..muda trangtangtang lagi..tapi..masanya akan sampai juga nanti..jangan bimbang..hehe..Tungguuu..:)
Akhirnya Ariana doakan semua ibu bapa..,( kaum ibu khasnya) , akan sentiasa tabah, bersedia, terbuka minda untuk menerima dan menggalas tugas sebagai seorang ibu kepada anak-anak yang berjaya dan cemerlang bukan hanya cemerlang ilmu dunia bahkan ilmu akhirat juga..kena ingat hanya keimanan yang teguh yang dapat menjadi benteng dari segala godaan zaman ini yang penuh liku..
Dan seperkara lagi..ingat..doa seorang ibu itu amat penting...
Sekian, Wallahualam.
2 comments:
betul tu kak..kita ni walopun dorang amik ujian tak lepas dr bebelan kita ni kan pula periksa pengting..wah, tahniah ye tiha dapat 8a..No doakan semoga tiha akan berjaya dengan cemerlang sekali lagi dalam SPM ya..amin..
Aminn..T.kasih atas doa No..itu lah harapan semua ibu..nak sangat anak nya berjaya..
Post a Comment