Pulau Sipadan
Pulau yang terletak berhampiran bandar Sampoerna, Sabah ini adalah antara pulau terindah di dunia dan popular dengan aktiviti selaman skuba. Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh New 7 Wonders of Nature votes commitee, Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun 2009.Pulau Tioman
Pulau Tioman yang berada di bawah pentadbiran negeri Pahang ini terletak di antara sempadan Pahang dan Johor. Pulau ini pernah tersenarai sebagai 10 pulau tercantik di dunia dan kewujudannya kini sedang dipertahankan sebagai antara syurga aktiviti selaman skuba dan gaya hidup pulau yang menyeronokkan.Pulau Langkawi
Pulau bebas cukai yang terletak di negeri Kedah ini terkenal dengan mitos dan lagenda seperti Pulau Dayang Bunting, Mahsuri, Puteri Dayang Sari, Telaga Tujuh dsb. Langkawi yang mempunyai taman geologi berusia jutaan tahun kini dikenali sebagai Langkawi Geopark.Pulau Redang
Pulau Redang adalah pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pulau yang terletak di Terengganu ini mempunyai sejarah tersendiri semasa Perang Dunia kedua di mana dua buah bangkai kapal iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse ditenggelamkan di perairan pulau ini.Pulau Perhentian
Pulau Perhentian yang juga terletak di Terengganu antara pulau yang popular di kalangan pelancong tempatan dan luar negara. Pulau ini sering menjadi tumpuan penyu hijau dan Hawksbill untuk bertelur.Sempena cuti sekolah kali ini, apakata kalau bawa family bercuti dan merehatkan minda...Jom kita pilih, mana satu destinasi percutian kita kali ni..Ariana suka suasana di tepi pantai..nyaman dan angin sepoi-sepoi bahasa sentiasa bertiup..membuat kita lupa seketika pada segala masalah atau kesibukan kita selama ini..
SELAMAT BERCUTI..
4 comments:
Hujung bulan ni kami nak ke semporna..tp xtahula sempat ke idak nk ke pulau..jalan semporna sebab nk melawat FIL..
Kak Nana pilih yang mana satu untuk cuti sekolah ni?.. hehe"P
Fitri: Best juga dapat FIL orang Semporna eekk..boleh jalan jauh selalu..Pantai kat sana pun cantik-cantik kan..:)
Yan: cuti kali ni, tak kemana-mana pantai lah kot..tapi, jika berpeluang, suatu hari nanti memang nak jejak kaki ke Pulau Tioman. sebab kat situ lah K.nana dibesarkan( dalam perut Ma) je..hehe..Orang pulau..hehe
Post a Comment