Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Tuesday, March 8, 2011

Jelajah blog kategori ibu.

Hari ni, buat pertamakalinya Ariana nak try Santai bersama Ben .Jelajah blog kategori ibu. Pertama sebab ariana rasa layak, kedua sebab rasa nak je kongsi sedikit kisah sedih dan tentulah kisah kebahagiaan juga..
Ariana baru sangat terjun kedunia blog ni, saja nak meluaskan pandangan dan meramaikan kawan serta tempat meluah rasa sesekali bila perlu..
Ariana mempunyai 3 orang puteri dalam hidup, sebenarnya ada 5 orang, tapi yang sulung telah pergi dahulu kerana keguguran, yang kedua pula kerana uri lekang. Waktu tu Ariana baru berumur 21 tahun. Kesedihan nya hingga kini masih terasa.Manakan tidak, waktu kejadian tu, sudahlah masih terlalu muda, jauh pula dari ibu bapa kerana waktu tu ariana mengikut suami belajar di Minneapolis, U.S.A. Hanya dorongan dan kata-kata semangat dari suami sahaja yang dapat meniup semangat pada Ariana waktu itu.Ye lah ibu mana yang tidak sedih dengan kehilangan anak yang dikandungnya selama 9 bulan, bahkan tidak sempat pun mencurahkan kasih sayang kerana meninggal didalam kandungan. Hingga ke hari ini, hanyalah doa yang mengiringi semoga dapat juga bertemu di negeri yang kekal abadi..InsyaAllah.
Kini telah hampir 20 tahun berlalu, walaupun masih teringat pada kenangan pahit itu, namun Seakan ada "NUR" baru dalam hidup Ariana sekarang dengan kehadiran anak -anak yang baik  dan pandai mengambil hati Ummi dan Abahnya iaitu Yaya (19 Tahun), Tiha(17 tahun) dan Eisya (11 tahun).Doa dan harapan Ummi semoga kalian menjadi anak yang solehah dan berjaya dalam hidup didunia dan akhirat.
Pada anak-anak atau adik-adik diluar sana, sentiasalah kenang jasa kedua ibu bapa yang telah banyak berkorban selama ini. ingatlah bukan wang ringgit yang mereka harapkan sebagai balasan, hanya jangan lakukan perkara-perkara yang boleh menyakiti atau menggores perasaan mereka, kerana hati seorang ibu itu ibarat kaca yang mudah retak atau pecah..
Sekian, ikhlas dari sudut hati seorang ibu...
KASIHNYA IBU...MEMBAWA KE SYURGA..DAN KASIH AYAHNYA..BERKORBAN NYAWA.


27 comments:

Ztee_Azwanis said...

salam kenal dr segmen jelajah blog ibu - ben :)

ariana said...

Hai..T,kasih n salam kenal juga.. nanti Akak ziarah Mama Likha ok..:)

ayeesha anna said...

jenjalan tgk mama segmen ben ashaari

http://diarialeesya.blogspot.com/

nuzurzaradeon said...

semoga astu hari nanti anak awak baca blog ni dan berkata..
"Ibu saya suprb sangat.."
saya ni terjah kamu dri link kat abg ben segmen ibu-ibu....
hehehehhehe..
salam kenalan..
chow..

Prince said...

"nice entry tau... dtg dari blog abg ben.... jom bce petua orang2 tua tntg soal kecntikan tubuh badan..."

selamat berkenalan ye...:)

cikpuanyuz said...

jelajah dari segmen ben ashaari..

waahhh..turn ibu2 pulak join segmen...syabas!!

keep on blogging mama :)

Tinta Emas said...

semoga terpilih untuk di review...

salam kenal dari blog en ben jugak..

mas saari said...

singgah dari segmen abg ben

selamat hari wanita!
moga menjadi seorang ibu yang tabah dan sabar dlm membesarkan anak2..

tak sabar nak tunggu anak2 besar macam anak2 akak..

Amalin Ahmad said...

salam singgah dari blog pakci ben ^_^
semoga jadi ibu yang baik ^_^

! Diari-Selebriti-Mama ! said...

tahniah!singgah dari segmen ben.slmt berkenalan.dah follow.jemput singgah sini http://mamaglamdiva.blogspot.com

Anonymous said...

dtg dari belog BA :)

ariana said...

Terimakasih tak terhingga pada semua teman blog yang sudi singgah n follow. Rasa terharu hari ni, sebab ramai yang sudi berkenalan dan berkongsi link..Thanx to Ben juga!Kerana beri peluang pada blogger baru macam saya..

Rosmawani♥ said...

salam perkenalan mommy.. leh kongsi2 about mommy kan :)
datang dr blog ben... jom follow sy jgak.. :)

eina said...

terharu membaca cerita akak...moga terus menjadi ibu yg tabah...terima kasih kerana sudi singgah dapur mamaeina..lain x jgn lupa singgah lagi...

ariana said...

Mama Lesya: Salam kenal. Dah kunjung balik n follow juga..:)

Cik angkuh yg comel: Salam kenal, t.kasih. semua ibu mengharapkan yg terbaik buat anaknya:)

ariana said...

Prince: Thanx 4 d visit..feel free to come again..

Mas.Saari: T.kasih, n salam kenal. Moga kita semua beroleh kekuatan dalam mendidik anak-anak menjadi insan berguna.

ariana said...

Kulin: T.kasih ats doa..Amin.

Diary seb. mama: Dah balas ziarah n follow juga...salam kenal.

Rizaros: t.kasih n salam kenal. Dah follow juga:)

ariana said...

Eina: T.kasih n salam kenal:)


Lulu: T.kasih sudi singgah lagi.Akak selalu baca blog Lulu..Memang rajin betul up date..bagus! keep up the good work:)

misza said...

yess. join segmen boleh tambah kawan. semoga kita dpt bertukar² pandangan mengenai anak²...

ariana said...

misza: T.kasih. Salam perkenalan dari Akak:)Moga kita sama-sama memperoleh manafaat dari perkenalan ini..

aizamia3 said...

singgah ziarah dari blog abg ben, masih banyak dan masih jauh perjalanan dlm menjadi seorang ibu kepada anak2, ibarat saya budak baru belajar...

ariana said...

aizamia: Betul tu..Akak ni pun masih belajar dan terus belajar lagi..:)

Fysa Ismail said...

salam knjung blas kak...n follow..

Lizan said...

salam hazana. selamat berkenalan. saya terjah dari blog ben dengan hajat nak tukar2 link so that boleh share info pasal ibu2. Sy dah join kelab mesyuarat tingkap awak, boleh lah menyeninggan lagi kat sini nanti. Sedih pulak baca pasal baby yang first n second tu..tapi tahniah sebab masih diberi peluang jadi seorang ibu. :)

ariana said...

luckylizan: T.kasih. salam kenal..

Akak pun dah ziarah n follow u.:)

Selamat berkawan ye..Akak memang bersyukur kerana masih berpeluang menjadi seorang ibu kepada 3 orang anak gadis yang baik dan mendengar kata..Alhamdulillah;)

Ummi Nur said...

Salam kenal..

Dari blog Mr Ben..

Datangla ke blog kite sometime..

http://www.secangkir-madu-buat-nur.blogspot.com

ariana said...

Humayraa..Thanx 4 coming..nanti ariana pasti singgah blog Humairaa ye..:)

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink