Setiap hari bila kita baca akhbar atau dengar berita kat T.V mesti ada saja berita buruk atau sedih yang tak sanggup kita dengar..
Kes Bunuh, rogol, buang bayi, rompakan seolah perkara biasa yang menghias dada-dada akhbar yang wajib menjadi santapan mata kita saban hari ye..Belum lagi kes kemalangan ngeri yang mengorbankan nyawa insan-insan tersayang.
Tapi, apa yang Ariana nak ceritakan ni adalah kisah yang menimpa salah seorang teman hubby, dan baru semalam kejadian ni..
Rumahnya telah dimasuki perompak seramai 3 orang jam 3.00 pagi semalam, ketika semua ahli keluarganya sedang enak dibuai mimpi, tiba-tiba dikejutkan dengan tusukan parang dilehernya.
Mereka yang seramai 3 orang ni, katanya orang luar..(Indon) berdasarkan loghat percakapannya. Kemudian teman ni telah diikat, termasuk isterinya dan 5 orang anak..Bayangkan betapa takutnya..Kemudian perompak ni, menyuruh isterinya menunjukkan simpanan barang-barang berharga yang ada.Tentulah kita tak mau ahli keluarga kita diapa-apakan, wang boleh dicari, tapi insan tersayang tak mungkin ada gantinya..
Tapi Ariana rasa perompak ni, bukan orang lain, mesti ada kaitan dengan sesiapa yang tahu atau kenal dia, sebab kebetulan memang ada rm 10 ribu dalam tangan untuk membayar gaji pekerjanya. (beliau seorang kontraktor).
Walaupun kehilangan wang yang banyak dan termasuk barang kemas isterinya yang dianggar dalam rm 20 ribu juga..,tapi Alhamdulillah, semua ahli keluarga selamat , kecuali sibapa ni yang dihentak dengan belakang parang, ketika cuba nak melawan.
Semasa suami Ariana pergi kerumahnya yang terletak di Pekan, Pahang, memang keadaan dalam rumah tu berterabur, sebab perompak tu geledah nak cari barang..,polis pun datang sampai 4 buah kereta katanya..benda dah jadi, baru nak ramai-ramai datang pun tak guna juga.Tapi ye lah..mungkin sebab nak bantu siasat apa yang patut..
Tu lah..takutnya bila dengar.., sebenarnya rumah Ariana sendiri dah pernah 2 kali dimasuki perncuri. Tapi, Alhamdulillah, mereka cuma berlegar diruang bawah ( kami semua tidur ditingkat atas), dan ambik beberapa barang dibilik bawah iaitu jam, kamera, Mp3 anak, malah model kapalterbang kat meja hiasan tu pun dia sapu..
Selepas kena kali pertama, hubby telah pasang cc tv..tapi kena lagi kali kedua, yangmana dia tidak perasan kan kamera tu pada mulanya, so dapat tangkap gambarnya, bila dah perasan ada kamera cepat-cepat pencuri tu tutup muka dengan baju nya. Kemudian dia kelihatan bercakap di Walkie talkie..( ada kawannya yang menunggu dan pantau diluar lah tu).
Hubby buat report polis dan minta polis tu jangan datang dengan kereta polis, malah hubby yang bawa balik polis kerumah, kemudian serahkan rakaman cc tv tu..Alhamdulillah, bila polis tengok je rakaman tu, diorang kata..macam kenal..budak tu budak kawasan persekitaran juga yang dah beberapa kali pernah ditahan polis. Selang beberapa hari lepas tu, polis bagitahu yang budak tu dah ditangkap..
Tapi, masalah pecah rumah dan kecurian ni, tak selesai selesai sebenarnya, dah tangkap yang itu, ada pulak yang lain, sebab lepas tu dengar je rumah orang lain pulak dimasuki..cuma setakat ni, tidak lah sampai tuan rumah di apa-apakan..
Terdesak sangatkah mereka-mereka ini..susah sangatkah hingga terpaksa mencerobohi kediaman orang dan mengganggu keharmonian hidup orang lain, tak bolehkah mereka bekerja dan mencari rezeki secara halal?
Entahlah..jawapan hanya ada pada mereka sendiri yang sudah tidak takut lagi pada hukum dunia dan akhirat.
Ariana setiap hari berdoa muga dijauhkan dari semua masalah ini..apatah lagi Ariana dan anak-anak agak kerap ditinggal hubby yang selalu out station..
Mintak Allah jauhkan..