Selalunya, di pagi minggu, lepas subuh, baring-baring dan tidor kejap hinggalah terdengar suara Abah dia kejutkan.." Bangun semua..sape lambat, dia tinggal".
Hah..itu memang boleh dikatakan setiap hari minggu..sebab abah dia memang suka sangat keluar , tak kiralah kemana pun, mula g breakfast dulu, pas tu teruslah merayap kemana-mana.., pasar tani ke, pantai ke, tunggu pukul 10 baru supermarket atau Mall buka. Macam tu lah rutin mingguan kami, kecuali kalau abah dia sangat sibuk dengan kerja atau ada kerja rumah ( gotong royong) yang perlu dibuat.
Tapi, pagi ni, sunyi sungguh Ariana rasa..tiada suara tu yang mengejutkan kami..
Baru teringat, hubby belum balik dari Jakarta. InsyaAllah, esok baru balik.Perginya taklah lama manapun, hari Khamis lepas je.
Tu lah..masa dia ada, rasa macam biasa je..bila tiada baru rasa sunyi sikit.Sebab tu orang tua selalu kata "sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan.." baru teringat akan perkara yang tak sepatutnya kita buat..pada seorang suami, kadang tu, ada juga masa degilnya kita ni..sedangkan syurga sorang isteri itu adalah pada redhanya suami.
Apapun, Ariana bersyukur.Semoga kami akan terus berbahagia sampai bila-bila.
dan semoga hubby selamat kembali kepangkuan kami esok hari.Inshaallah
0 comments:
Post a Comment