Lagi kemalangan jalanraya
Awal pagi ni, buka Kosmo on line, dah terbaca berita ngeri dan menyayat hati ni,Kesiannya baca..Takziah pada keluarga mangsa yang terlibat.Ni yang buat Ariana selalu fobia nak pandu kereta, tapi terpaksa juga, almaklum, macam-macam hal nak kena settle dalam kehidupan seharian, mestilah nak guna kereta, satu keperluan.
lagipun bak kata orang, malang tak berbau, yang penting mulakan perjalanan anda dengan doa dan berhati-hati selalu.
Jom layan berita .
3 maut dihempap lori.
BEBERAPA anggota bomba cuba mengeluarkan mayat mangsa dari kereta Proton Satria yang dihempap lori di Rawang semalam.
KUALA LUMPUR - Tiga beranak yang dalam perjalanan pulang dari kampung maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer (KM) 40, Jalan Kuala Lumpur-Ipoh berhampiran Rawang pagi semalam.
Mangsa yang terbunuh dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu ialah Mohd. Farid Idris, 29, isterinya, Eirlenna Asrani, 28, dan anak lelaki mereka, Muhammad Faiz Hakimi, 4.
Dalam kejadian itu, kereta Proton Satria yang dinaiki keluarga malang tersebut bukan sahaja dirempuh oleh sebuah lori membawa muatan tar, malah diheret sejauh 70 meter.
Kereta tersebut kemudian terjatuh ke tebing jalan sebelum dihempap oleh kenderaan seberat 10 tan itu menyebabkan ketiga-tiga mangsa mati di lokasi kejadian.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Hulu Selangor, Asisten Supritendan Mohd. Taib Songoh berkata, kejadian berlaku ketika keluarga itu dalam perjalanan dari Kampar, Perak menuju ke ibu negara.
Menurutnya, kenderaan yang dipandu Mohd. Farid dipercayai hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan lalu merempuh lori terbabit.
"Ketiga-tiga mangsa tersepit di dalam kereta dan meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan dan kepala," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Berita lanjut di Kosmo hari ini.
2 comments:
Tula kan..dah suratan takdir..takziah pd keluarga mangsa..
Rina: Moga Allah jauhkan kita dari segala bencana..Al fatihah buat mangsa.
Post a Comment