Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Monday, April 11, 2011

Tiada lagi rengekan anak

Sedih sungguh apabila membaca tentang kisah ni, di akhbar sebentar tadi...Tak tau nak kata apa..cuma diharapkan keluarga malang ini akan tabah menghadapi dugaan  amat berat ini, yang mana anaknya meninggal ditangannya sendiri, tanpa di sengajakan. Takziah dan Al Fatihah buat mangsa. 
 
PILU...Khairul menunjukkan tempat anaknya, Siti Nur Hazwani mati tergilis  ketika dia mengundurkan kenderaannya tengah hari semalam.
PILU...Khairul menunjukkan tempat anaknya, Siti Nur Hazwani mati tergilis ketika dia mengundurkan kenderaannya tengah hari semalam. HULU TERENGGANU: “Dia merengek sambil menangis mahu mengikut saya keluar menyebabkan saya terpaksa memujuknya berkali-kali memberitahunya tidak dapat membawa dia bersama kerana mahu pergi kerja,” kata Khairul Azhar Abdullah, 46, yang terlanggar anaknya sendiri ketika mengundurkan kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Pajero di hadapan kedai makannya di sini, tengah hari semalam.
Dia yang sebak ketika ditemui di tempat kejadian berkata anaknya, Siti Nur Hazwani, 3, yang juga anak bongsu daripada lapan beradik amat rapat dan manja dengannya.

“Ketika mengundur kenderaan, tiba-tiba saya terdengar bunyi seperti terlanggar sesuatu lalu memberhentikan kenderaan. Saya terkejut apabila melihat anak kesayangan terbaring berlumuran darah di bawah Pajero,” katanya.

Menurutnya, dia langsung tidak menyedari anaknya itu berada di belakang kenderaan ketika mengundurkannya di depan kedai makan milik keluarga di Kampung Batu 21, Bukit Ara, dekat sini kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam.


“Sebelum menggerakkan kereta, saya pasti dia sudah masuk ke dalam kedai selepas memujuknya kerana tidak dapat membawanya bersama. Saya tidak sangka dia keluar semula dan berdiri di belakang Pajero ketika saya mengundurkan kenderaan itu,” katanya.Lebih lanjut sila baca sini.

3 comments:

Rina AVAIL a.k.a cik betty said...

kes mcm ni mmg bnyk kali terjadi kan..tp nak buat mcm mana mungkin dah suratan takdir..

ariana said...

Rina: memang lah..dah banyak kali dengar kejadian mcm ni..benda dah nak jadi kan.Tapi ingat2lah pada yang anak2 masih kecil tu, setiap kali nak undur ..hubby akak sampai skrg anak dah besar pun..selalu pesan..:)

Zuwairi Aiman said...

Salam kunjungan.. singgahla ke blog saya ;)

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink