Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Monday, April 25, 2011

Hari Jadi Bonda

Sebenarnya dah terlewat Ariana ni..Sepatutnya semalam, 24hb April..Itu lah kalau dok asyik
dengan kerja dunia yang tak habis-habis ni, sampai hari jadi ibu sendiri pun boleh ter..lewat ucap..!
Tapi Ariana dah pun bercakap ditelefon dan ucapkan Selamat hari jadi yang ke 62 buat Bonda tercinta,
cuma lambat publish kat ruangan Blog Ariana's story ni je..

Yang sebenarnya, Ariana kan baru saja balik dari
kem Qiamullail semalam..balik tu, dah lah badan pun terasa penat sangat, 
pas tu keluar ke bandar lagi beli barang untuk Yaya , bawa balik ke Kolej nya. 
itu pun nasib baik dia balik naik bas aje ke k.L.

Sebelah malam tu, kumpul baju untuk dibasuh, gosok kan baju sekolah Eisya, kemas rumah serba sikit, masak untuk cik abang lagi..
Hah..itulah yang jadi kepenatan dan kesuntukan masa sangat-sangat.
Hari ni, baru berpeluang update entri..Nak BW ke blog kawan-kawan pun tak sempat lagi..:)

Dan Insyaallah esok nak cerita sikit pasal Kem baru ni, dan ada lah gambar sikit untuk dikongsikan..

Untuk malam ni, ariana cuma nak mengucapkan Selamat Hari Jadi yang ke 62 buat Ma tersayang yang berada di Temerloh, Pahang.

Ariana dan anak-anak Ma yang lain sentiasa mendoakan 
kesejahteraan Ma, moga dikurnia Allah kesihatan yang baik, dipanjangkan umur serta beroleh keberkatan sepanjang masa..
Segala jasa Ma hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya..

I love You Ma..

Ma ( Nenek disamping cucu dan menantu nya)

Ma dengan menantu..( Cik Abang Ariana tu..)

Sayanggg Ma...!

Lagi kenangan ngan Ma

Sama sangat muka anak ngan mak ni kan..!
 

 

4 comments:

Rina AVAIL a.k.a cik betty said...

happy buffday to ur mom..moga diberi kesihatan berpanjangan...

Lulu Caldina said...

selamat harijadi, ma...

No Lan said...

No turut mendoakan agar Ma sentiasa sihat wal-fiat, idup aman bahagia hingga akhir hayat..semoga segala amalan direstui,diberkati dan dirahmati ALLAH SWT..amin,.

ariana said...

Terimakasih banyak pada teman yang sudi wish birthday kat Ma ye..Rina, Lulu n No..:))

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink