Assalamualaikum semua.
Dah lama Ariana tak sembang-sembang..asyik-asyik tazkirah, contest atau GA.. Sebenarnya kesuntukan masa..dengan tugas-tugas dirumah, maupun ditempat kerja.
Pastu, orang buat GA kita pun teringin sama..Bila dah buat GA , balik kerja sebelah petang je, buka blog dan sibuklah menatap blog-blog yang join dan update kan senarai pulak.
Alhamdulillah, setakat ni, ada dalam 40 orang lebih yang dah join. Masa masih panjang lagi sehingga 09.05.2011. Sesiapa yang berminat, boleh join lagi..Sila klik sini ye..
Oh ye, Ariana dah buka satu site lagi khas hanya untuk Contest dan GA ( macam lah rajin sangat nak join..) , kalau sudi, silalah follow ye..Contest dan GA Ariana
Oh ye, Ariana dah buka satu site lagi khas hanya untuk Contest dan GA ( macam lah rajin sangat nak join..) , kalau sudi, silalah follow ye..Contest dan GA Ariana
Satu perkara lagi yang Ariana nak kongsikan ialah berita gembira tentang anak saudara Ariana yang masih baby tu..dulu Ariana ada cerita yang baby, Muhammad Affan Al Amin Bin Muhammad Hazamin telah dimasukkan ke ccu kerana komplikasi selepas bersalin iaitu paru-parunya dimasuki ar ketuban.
Alhamdulillah, kini telah pun beransur pulih, malah mungkin akan dibenarkan pulang ke rumah pada bila-bila masa saja.
Syukur, dan Tahniah bagi kedua ibu bapanya, Hazamin dan Yanti. InsyaAllah, pada 1hb 5 nanti, M.long akan turun ke K.L.., ada kenduri kawin dan tak sabar nak pegang dan riba baby Affan.., sebab baru ni tak berkesempatan.
Hari ni, hari Sabtu..anak-anak bercuti, tapi abah anak tetap ke pejabat, sebab banyak sangat kerja yang kena bereskan..Kalau nak keluar jalan pun InshaAllah, esok hari lah.
Lagi pun, hari ni, hari mengemas rumah, basuh baju dan kasut-kasut sekolah..pagi tadi pun anak kedua Ariana , Fatiha, ada tution kat rumah cikgu nya..
Tugas Ariana lah menghantar mengambilnya. Itu pun nasib baik kadang-kadang bergilir dengan parent kawan-kawan nya yang 2 orang lagi tu..so, ringan lah sikit..Tapi apa pun, biasa lah kita sebagai ibu bapa berkorban untuk anak-anak.
Nur Fatiha Syahireen Bt Zahari |
Hanya itu doa dan harapan semua ibu bapa terhadap anak-anaknya. Amin.
Ok. takat ini dulu, nanti korang jemu pulak panjang-panjang..
Wassalam.
Ok. takat ini dulu, nanti korang jemu pulak panjang-panjang..
Wassalam.
8 comments:
alhamdulilah anak saudara akak dah sihat..sy doakan juga anak akak berjaya dgn cemerlang dlm SPM..:)
cantik baju oren tu..peewiitt
Rina: Ye, Alhamdulillah dah sihat.tak sabar nak gomol dia.. Almaklumlah anak sendiri dah besor belake..hehe
Lulu: mana leh lawan yang baju merah, nama mula huruf L tu..! hehe..anak dara trangtang tang lagi..:)
alhamdulillah anak sedara akak dh sihat..mmm mcm tu la kan rutin kita anto amik anak2..suami dh berkorban cr duit, kita berkorban pula demi kepentingan keluarga plak kan..
No doakan smg Tiha tenang menjawab SRP nanti dan mendapat hasil yg cemerlang nnt..amin
Time kasih No.
ehh..anak dara akak tu, dah Spm lah No..bukan srp..No silap baca tu..:)
No TAG akak tau..
http://mutiaranolangacontest.blogspot.com/2011/04/ammars-1st-birthday-giveaway.html
Post a Comment