Assalamualaikum.
Salam pagi Jumaat yang berkah pada semua rakan blogger yang dikasihi..Moga hari ini memberi suatu tiupan semangat buat semua untuk menempuh hari esok atau minggu seterusnya dengan lebih baik dari semalam, kerana seperti yang kita semua tahu..Jumaat itu, "saiyyidul ayyam " iaitu penghulu segala hari, dan kalau korang perasan, bila masuk je hari Jumaat, cepat sungguh masa berlalu..sekejap je dah seminggu kan!
Dalam minggu ni, Ariana agak sibuk sedikit, bukan apa pun, biasalah dengan kerja-kerja urusan rumahtangga dan tanggungjawab pada anak murid di An nadwah tempat ariana mengajar.
Walaupun Ariana cuma mengajar sebelah petang, dari pukul 2 hingga pukul 5, tapi, masa macam cemburu sungguh..sampai tak berkesempatan nak meluah rasa kat blog ni panjang lebar sikit..hehe.
Hari ni pun, Ariana curi-curi masa untuk menulis ni..dah masak nasi, tinggal nak goreng ayam kejap lagi. Itu pun sebab esok dan lusa, berkemungkinan ariana tak dapat lansung nak berblog.., sebabnya bermula esok hari, lepas asar ariana akan membawa anak-anak didik ke " Kem Qiamullail " yang akan diadakan di Kem Desa cempaka, Kuantan. Seramai 150 murid dan 25 orang guru yang akan menyertai kem ini, termasuklah anak ariana sendiri, Aisya..yang teruja sungguh nak pergi, dah sibuk nak pack baju malam tadi..
Dah banyak kali pun sebenarnya mengadakan majlis macam ni, memang penat dengan karenah anak murid yang bermacam ragam tu, tapi, hasil selepas itu..Alhamdulillah, seolah ada satu rasa kepuasan dalam diri, yang tak dapat di ungkapkan dengan kata-kata.
Sahabat semua, doakan semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah segala urusan ye..Dan setiap kali menyertai kem-kem ilmiah seperti ini, Ariana selalu mengharapkan agar memperolehi keberkatan dan sesuatu yang baik daripadanya, dan yang paling utama ialah keizinan dan restu dari suami.. Alhamdulillah, buat masa ni, hubby amat sporting dan memahami . Lagipun semuanya kerana tugas dan tanggungjawab juga..Terimakasih pada Cik abang yang membenarkan Ariana pergi..( Asyik dia yang tinggalkan kita, pergi out station, sesekali kita pulak tinggal dia hehe..)
Begitulah kita, selagi hidup dibumi Allah ini dan sebagai khalifah yang terus mengembara hingga lah sampai ke destinasi masing-masing, sentiasa ada saja tanggungjawab atau urusan yang wajib kita selesaikan, samada sesama manusia apatah lagi terhadap Allah yang mencipta kita..
Akhirnya Ariana mohon maaf andai tersilap susun kata bicara.
Ariana sudahi dengan kata-kata ini..
Hulurkan lah bantuan dan sedekah pada yang memerlukan..
jika kamu tidak mempunyai harta atau wang, bantulah dengan tenaga kekuatanmu, jika kamu mempunyai ilmu, bantulah dengan mengajar, jika kamu mempunyai akal yang bijak, bantulah dengan buah fikiran, bahkan senyum mu itu adalah sedekah..
Wallahu'alam
3 comments:
kak ariana ngaja sekolah apa tu? patutlah cam lembut je akak ni..rupanya seorng pendidik..alhamdulillah bertuah anak didik akak semua..selamat berkem ya..
Terimaksih Rina..akak mengajar biasa-biasa je..:) di Sar kafa ( sek. ren Islam) An Nadwah kat Masjid Negeri, Kuantan ni.
cgu yer
Post a Comment