Innalillahiwainnailaihirojiun...Adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee , mangsa seorang guru yang kejam telahpun kembali kerahmatullah pada jam 8.50 pagi tadi..lebih lanjut klik sini
Tersentuh sungguh hati kecil Ariana bila membaca kisah menyayat hati ini..semua ni terjadi akibat gagal mengawal diri dan mengikut kan bisikan Syaitan yang sentiasa berusaha merosakkan anak Adam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam, guru berusia 26 tahun itu juga dikatakan bertindak kejam apabila mengikat tangan mangsa, Saiful Syazani Saiful Sopfidee di tingkap asrama sekolah berkenaan sebelum membelasahnya.
Difahamkan, guru terbabit tidak mengendahkan walaupun mangsa merayu dan menangis supaya perbuatan itu dihentikan.
Sumber polis berkata, mangsa yang diikat dan dipukul hampir dua jam itu bagaimanapun pengsan selepas mengalami kecederaan dalaman di kepala dan badan akibat dipukul bertubi-tubi oleh guru terbabit.
Katanya, guru terbabit berang dengan mangsa yang enggan mengaku terbabit dalam beberapa kejadian kecurian di asrama sekolah berkenaan sebelum itu.
Difahamkan, sebelum itu mangsa pernah dua kali dipukul suspek akibat enggan mengaku mencuri barangan milik pelajar lain di asrama sekolah.
Selepas mangsa pengsan, guru terbabit panik dan memanggil guru lain sebelum membawa mangsa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, kira-kira jam 1.30 pagi kelmarin.
Bagaimanapun, mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar kira-kira jam 3 pagi kelmarin dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Tak kira lah apa pun kesalahan mangsa yang berusia hanya 7 tahun itu..bukan alasan bagi Guru terbabit
untuk melakukan perbuatan sekejam itu keatasnya.
Bagaimana pun , guru terbabit telah pun ditahan pihak polis..moga dia mendapat balasan yang setimpal diatas apa yang telah dilakukannya.
Sama-sama lah kita berdoa moga rohnya damai disana.Al Fatihah.
3 comments:
kejamnye...kesian arwah..
al fatihah
al-fatihah..tgk gak kat berita td..harap cikgu tu dapat balasan..eish seram betul kalau kat sekolah ada cikgu pembunuh mcm ni..
alfatihah...amin..sayu dan sebak bila bc kes ni kak..ye la,..klo betul2 salah pun bawa la ke pengadilan..sedangkan yg dituduh bersalah pun boleh terlepas di pengadilan,,semoga guru terbabit mendapat pengajaran..
Post a Comment