Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim.

Assalamulaikum.

Saturday, April 9, 2011

Lagi kisah sedih seorang remaja

Kadang-kadang bila hidup kita dibaluti kesenangan dan kebahagiaan disamping keluarga atau insan yang kita sayangi, kita terlupa bahawa ada insan lain yang sedang menderita kesakitan atau dalam kesusahan.

Ariana suka membelek akhbar setiap hari bukan hanya membaca berita hiburan, malah macam-macam lagi, semua nya untuk menambah ilmu, serta buat muhasabah diri agar tidak mudah leka dalam kesenangan.

Pagi ni Ariana terbaca kisah penderitaan dan kesakitan adik ni yang baru berusia 14 tahun, baru memasuki alam remaja. Rasa simpati sungguh padanya.Moga adik ni tabah menempuh dugaan Allah.

Pesanan buat rakan -rakan, jagalah kesihatan sebaik mungkin sebelum penyakit datang menyapa. Namun harus diingat kadang dalam berjaga itu, ia tetap datang kerana semuanya kehendak takdir yang harus kita terima.

Anggaplah ada hikmah disebaliknya.

Jom kongsi kisah ini.

'Rasa kepala macam mahu tercabut'


BERAT badan Lia pernah turun daripada 43 kg kepada 20 kg akibat leukemia tahap kritikal yang dihidapinya.


DISAHKAN menghidap leukemia tahap kritikal pada usia 14 tahun dianggap takdir yang paling memilukan buat Noorliameera Johar.
Lantaran penyakit kanser darah yang biasa menjangkiti kanak-kanak itu, kehidupan anak kelahiran Labis, Segamat, Johor ini berubah sama sekali.
Dia yang kini berumur 20 tahun masih dapat merasai kesakitan menjalani pelbagai prosedur rawatan apabila mengingati semula fasa sukar dalam hidupnya itu.
“Ia bermula apabila saya sering sakit di bahagian kiri kepala manakala hidung saya sering berdarah terutama jika berada lama di tempat panas.
“Ayah hanya membawa ke klinik biasa, namun apabila saya kerap sakit, doktor menasihatkan ayah membawa saya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana ada kemungkinan saya menghidap ketumbuhan otak.
“Tidak mahu berlengah, ayah membawa saya menjalani pemeriksaan di sebuah hospital pakar di Batu Pahat. Pakar yang memeriksa mengatakan saya menghidap penyakit hati dan perlu dibedah segera.
“Namun, atas nasihat seorang pakar tulang yang pernah merawat saya, Datuk Dr. Zahir Hussein Kamari, saya enggan dibedah sebaliknya pergi ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk diperiksa dengan lebih lanjut di sana.Cerita lebih lanjut klik sini




0 comments:

T.kasih sudi klik sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink