Apa dia BMI?
Body Mass Index (BMI) adalah sukatan lemak badan berdasarkan tinggi dan berat seseorang (lelaki & perempuan). Formula BMI adalah seperti berikut:BMI = Berat (kg) / [Tinggi (m) x Tinggi (m)]
Kategori BMI:
Underweight = <18.5
Normal weight = 18.5-24.9
Overweight = 25-29.9
Obesity = BMI of 30 or greater
Tapi .... pentingkah BMI dalam menentukan berat badan anda yang ideal?
Hmmm tak jugak. Tidak menjadi masalah untuk mengetahui nilai BMI. Tapi adakah anda berpuas hati sekiranya BMI anda dalam kategori normal? Perasaan "puas hati" itu datang daripada kita sendiri. Perlukah anda mengira BMI untuk mengenalpasti bahawa anda sebenarnya obes? Saya rasa tak perlu BMI. Tengok cermin pun dah tahu. Bagi saya, BMI adalah beberapa kekurangan:- Bentuk Badan: Bagi mereka yang berbadan "stocky" secara automatik akan mempunyai BMI yang tinggi. "Berat" dalam pengiraan BMI tidak membezakan lemak & otot. Contoh: ahli bina badan akan mempunyai nilai BMI yang tinggi walaupun mereka kelihatan fit and sihat.
- Struktur Tulang: Sesetengah orang mempunyai rangka tulang yang besar dan padat. So of couse nilai BMI mereka lebih tinggi.
- Menilai tahap fitness: Patutkah anda lega sekiranya nilai BMI anda "normal". Hmmm...anda sendiri kena jawap soalan itu tetapi BMI tidak dapat menilai your tahab kecergasan dan kesihatan anda.
Jadi apakah berat badan yang ideal?
Baiklah, bagi saya andalah penentu berat badan anda yang sesuai. Bukan saya, bukan BMI! Yang penting adalah kegembiraan dan kepuasan masing-masing. Kalau anda rasa gembira dengan rupa diri anda, tidak perlu rujuk kepada BMI atau sesiapa.Hanya perlu buka baju dan cermin diri sendiri. Mungkin anda rasa perlu kurangkan berat. Mungkin anda rasa perlu kempiskan peha. Itu yang penting. Tengok bahagian mana yang anda ingin kurang mahupun tambahkan. Tak kiralah. 1kg ke 10kg. Dan andaikata anda berjaya kurangkan, sekali lagi tengok cermin dan menilai. Ini adalah proses yang berterusan. Lagi-lagi apabila manusia tidak pernah berpuas hati :)
Semoga anda berjaya :)
7 comments:
selalu buat kak...walaupun memang tau tak penah sesuai...hahaha..
buat je tapi takde tindakan lanjut tak guna gak kak..hehe
Ita: Sama lah..tak tau sesuai ke tak..Apa kat depan mata, semua sapu..makan habis..hehe
oooooo tidaaaak..No punya ada terlebih sket daaaaa...
huhu...moon xleh nak kurus cam dulu..susah sgt.. dah control pemakanan pon.. berat tetap gtu.. susahnyerr nak turun..
Cik moon n No:
Apa yang penting kegembiraan dan kepuasan hati masing-masing kan..macam doktor pakar tu cakap ..:)
Adeh..
kurang berat badan la kak..
sob2..
p/s: kak, sy suke header akak ni..cantik..
Mutiara bernilai: kalau gitu..boleh makan banyak-banyak lagi..tak yah nak tahan2 makan..hehe.Akak ni pun..i tell u...ngam ngam je..masuk kira..jgn turun berat lagi sudah..Orang takut naik, kita takut turun..:)
Post a Comment