Pada Hari Sabtu , 24hb April, baru-baru ni, Ariana berkesempatan
menyertai dan menjadi fasilitator kepada murid-murid An Nadwah dan Sar Kafa Aliff yang telah mengadakan Kem Qiamullail selama 2 hari satu malam bertempat di
Kem Desa Cempaka, Penor, Kuantan, Pahang.
Pelajar seramai 150 telah menyertai kem ini, dibawah pantauan lebih 25 orang guru atau fasilitator yang berwibawa.
Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan begitu lancar.
Tentatif program bermula pada petang Sabtu, pelajar berkumpul di Masjid Negeri, Kuantan.
Pelajar kemudian dibawa ke Kem dengan menaiki bas yang disediakan pihak sekolah.
Selepas selesai makan dan solat Isyak, semua murid di arahkan supaya tidur awal, almaklum nak kena bangun jam 4.30 pagi untuk Solat ( Qiamullail).
Sebenarnya agak susah nak suruh mereka ni tidur awal, maklum sajalah bila dah berkumpul ramai-ramai dengan kawan-kawan, banyak sungguh cerita mereka ni, dah tutup lampu pun masih dengar bunyi suara-suara..
Apapun antara syarat Qiamullail yang bermaksud bangun dimalam hari,
tentu lah kena tidur sebentar, dan barulah bangun untuk solat..sebelum waktu subuh.
Ariana tak ada lah snap gambar waktu solat ramai-ramai tu, tapi, nampak para mujahid, mujahidah kecil ni, walaupun dalam keadaan mengantuk dan penat, tapi, Alhamdulillah, dapat melaksanakan solat qiamullail ini dengan baik. Bukan senang nak lakukan dalam keadaan mengantuk pukul 4.30 pagi tuuu..!
Tibalah saat yang paling seronok, selepas sarapan pagi iaitu
riadhah..
Hah..masa nilah peluang diorang nak tunjuk kehebatan dalam berbagai-bagai acara yang disediakan..
Ada terompah gergasi, ada cari telur penyu, ada treasure hunt lagi..
Kami para fasi ni pun, ikut seronok, tak sedar terlompat-lompat sama ngan anak murid..hehe..
Jomlah kita tengok gambar yang sempat Ariana rakamkan.
Sebenarnya banyak lagi, tapi, kat blog ni, cuma yang terpilih saja. Takut berat pulak nanti..:)
Walaupun amat letih rasanya ( Bukan senang nak mengawal murid tengah membesar seramai 150 orang tu..),tapi, Ariana rasa sangat seronok dan puas. Kalau diadakan lagi, memang Ariana akan turut serta, Inshaallah.
Anak Ariana Eisya berbaju PINK . |
tunggu nak makan malam.. |
Acara mencari telur penyu |
terompah gergasi, nampak je senang... |
acara terompah gergasi |
Cantiknya pemandangan .. |
Suasana di tapak kem |
Acara meniup belon, fasi pun join sama.. |
Inilah antara barisan para Fasilitator, Ariana tepi sekali, baju biru. |
Eisya sedang menerima hadiah |
Cuma..balik pada kem ni, suara Ariana dah bertukar macam suara penyanyi rock gitu..hehe..serak-serak basah..:). Tapi, kejap je tu..
8 comments:
msti best
dean: Alhamdulillah. memang Best!
waa..best sgt.. ermm..zmn sekolah je laa dapat xtvt camnie... seronok waktu tu
alhamdulillah..semoga ada rezeki lagi dilain kali ye kak. Semangat dan usaha murni akak semoga dilimpahi rahmat oleh ALLAH SWT..amin..teruskan kak!
Cik Moon: Kalau nak rasa lagi aktiviti cam ni, apply jadi cikgu lah hehe..boleh bawa anak murid pulak kan!
No: Timekasih, sebenarnya apapun yang baik dan kita minat..dan buat dgn ikhlas, Inshaallah akan ada ganjarannya, walaupun kita bukanlah mengharap balasan sgt..:)
nmpk sibuk ye kak...huhu
Kemei: Biasa lah..masa sibuk, sibuklah..tapi kadang tak sibuk pun buat-buat sibuk..hehe..Cikgu Kemei tentu paham kan..kerjaya guru ni..tapi best jugak sebab banyak cuti..!
Post a Comment