Baru pagi tadi, Ariana cerita pasal perompak yang memasuki rumah kawan hubby Ariana kat Pekan, Pahang..Manusia semakin terdesakTak habis lagi rasa geram bercampur takut dalam hati ni..
Sekali dengar buletin utama jam 8 malam tadi..
( korang tengok tak?)
Menurut berita tu, 3 orang perompak telah mati ditembak polis di Felda Jengka, Pahang, selepas melakukan satu rompakan di kawasan itu..,
Rupanya perompak yang itu lah..sebab menurut pihak polis, perompak ini telah melakukan rompakan di Kampung Pandan dan Kampung Ubai, Pekan, dan menurutnya mangsa di Kampung Ubai, Pekan tu adalah seorang kontraktor..Sahlah memang perompak yang sama yang telah memasuki rumah kawan hubby Ariana semalam..
Itu lah..balasannya..Kalau tuhan nak tunjuk tu sekejap je..
Mungkin juga berkat doa mangsa rompakan itu sendiri, kerana doa orang yang teraniaya itu, memang mudah dimakbulkan..
Tahniah juga kepada pihak polis yang bertindak dengan cepat sehingga berjaya mengesan dan menembak perompak itu.
Esok nak beli surat khabar ..mesti ada kisah ni keluar..!!
8 comments:
tulah td kita tgk berita kita dah agak ni perompak sama yg akak cerita tu..alhamdulillah dh mati..kwn husband akak dpt balik x duit dia? bnyk tu kan nk buat bayar gaji pekerja..
alhamdulillah dah dapat tangkap.. biasa berita akan keluar 2 hari selepas kejadian kan kak? lepas polis buat statement la..
huu..sekejap je Allah dah beri balasan kat dia..
btol kak.. doa org yg teraniaya ni mmg mudah dimakbulkan..
looo No tak tahu pun bab ni..mlm td tak tengok berita huhu..pe2 pun tahniah kepada pihak berkuasa..
Rina: tak tau lah duit kwn tu dapat balik ke tak..Tunggu abang balik kang cerita..Tapi, at least lega sikit bila dengar perompak tu dah tumpas..kalau kena tangkap pun , ok..ini terus kena tembak n mati..macm sian pulak..hehe..
Ita: tak tau sgt mcmn prosedur polis ni..tapi benda dah heboh kat tv nak tutup macmn kan..
moon: kalau Allah nak tunjuk, kat dunia pun..dah boleh kita lihat kan..
harap kawasan tu lebih dipantau polis
Post a Comment